Penyanyi Aliff Aziz bersikap tegas dan meminta Muaz Zabir untuk tampil bercakap jujur mengenai hubungannya dengan Bella Astillah menerusi temu bual bersama Melodi, sebentar tadi.
Menurut Aliff, dia tahu apa yang Muaz lakukan dan berharap aktor tersebut berani bercakap benar kepada media mengenai apa yang dilakukan olehnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Biarpun Aku Ni Bekas Banduan, Jahat Macam Mana Sekalipun Ia Tidak Memberi Kau Hak Apa Yang Kau Buat Ni’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Dia Masih Tidak Puas Hati, Sangat Tak ‘Gentleman’… Ada Nombor Saya Kan’ – Muaz Zabir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boyfriend Ruhainies Yang Bayarkan Semua Kos Melibatkan Aliff, Mungkin Sebab Tu Aliff Dengar Cakap Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Budak Lelaki Tu, Apa Yang Dia Nak Dapatkan Sedangkan Dia Tahu Bella Isteri Orang’ – Aliff Aziz
Letak lagu ‘sayang-sayang’
Berikutan daripada itu, pihak OhBulan! cuba menghantar kiriman Whatsapp kepada Muaz untuk meminta komennya berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff Aziz di Melodi.
Namun begitu, Muaz tidak membalas kiriman Whatsapp tersebut. Hasil pemerhatian pihak OhBulan! Muaz dipercayai sedang sibuk menjalani penggambaran pada masa ini. Lebih mencuri tumpuan, pemilik nama Muaz Mohamad Zabir ini meletakkan lagu ‘Sayang Sayang’ nyanyian Aliff Aziz di Instagram Story miliknya.
Sebelum ini, Muaz berkata, dia sudah berulang kali meminta maaf dan menganggap penyanyi kelahiran Singapura itu bukan seorang lelaki sejati apabila terus berkongsi isu yang berlaku dalam satu temu bual podcast.
Dakwa Muaz, Aliff seakan mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya dan Bella berdasarkan mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan individu dikenali NRF seperti yang diviralkan oleh pelakon Didi Astillah.
Bukan itu sahaja, Muaz sempat menasihati pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu supaya berhenti memburukkan dan mengaitkan lagi namanya dalam isu kontroversi yang berlaku.
Sumber: Muaz Zabir