berita

[VIDEO] ‘Boyfriend Ruhainies Yang Bayarkan Semua Kos Melibatkan Aliff, Mungkin Sebab Tu Aliff Dengar Cakap Dia’

April 28th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sarah Yasmine sekali lagi menggemparkan industri hiburan tempatan selepas membongkarkan dengan mendakwa pelakon, Ruhainies sebenarnya memiliki teman lelaki meskipun pada ketika itu dia berhubungan dengan Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Menangis, Tak Tahu Macam Mana Nak Pujuk Bella Astillah – ‘Saya Nak Lupakan Sengketa Yang Ada’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Merayu, Menangis Tak Nak Putus Hubungan Dengan Sarah Yasmine – ‘Sumpah Awak Dah Tak Sayang Saya?’

‘Ruhainies ada boyfriend, dia yang bayarkan..’

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Sarah mendakwa bahawa teman lelaki Ruhainies merupakan individu yang membayar peguam melibatkan kes khalwat termasuk kos perbelanjaan Aliff ulang-alik ke Kuala Lumpur.

Ruhainies ada boyfriend. Boyfriend dia yang bayarkan peguam, semua perbelanjaan Aliff ulang alik ke KL, kes khalwat dan semua yang ada kena mengena dengan Aliff. Semua teman lelaki Ruhainies bayarkan tapi dekat Aliff, Ruhainies kata lelaki itu hanyalah bekas kekasih dia.

Tapi takkan lah bekas teman lelaki nak tolong sedangkan dia tahu hubungan Aliff dengan Ruhainies.

Dalam pada itu, Sarah berkata mungkin disebabkan pertolongan tersebut membuatkan Aliff ‘terikat’ dan terhutang budi dengan Ruhainies sehingga dia rela mengikut semua yang disuruh aktres itu.

Kalau saya jadi Aliff pun saya akan dengar cakap, dah orang tu tolong. Saya faham Aliff, mungkin dia terhutang budi.

Ujar Sarah lagi, segala pendedahan yang dilakukan itu bukanlah berniat untuk membuka aib sesiapa sebaliknya hanya mahu membongkarkan kebenaran dan secara tidak tak langsung untuk membantu Bella Astillah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×