Seorang individu berkongsi pesanan yang diterima daripada pendakwah terkenal, Mufti Menk mengenai perkahwinan.

Artikel Berkaitan: Tunai Ibadah Korban & Sedekah Secara Dalam Talian, Apa Kata Mufti Menk?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga ‘Influencer’ Teruja Mufti Menk Datang Ke Rumah, Pernah Terserempak Di One Utama

Pesanan Mufti Menk

@najiysabaruddin

When Allah grants you blessings, they often come in ways you never expect. Today, I had the honor of meeting Mufti Menk and hearing his advice, truly humbling. May every word he shared be a reason for my heart to draw closer to Allah. Thank you @Mufti Menk , for your time and your guidance.

♬ original sound – Bang G – Bang G

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mufti Menk menitipkan pesanan agar umat Islam tidak menangguhkan perkahwinan.

Tambahnya, individu yang ingin berkahwin mesti berani berhadapan dengan keluarga pasangan dan meyakinkan mereka tentang niat baik tersebut.

Jangan tangguhkan perkahwinan dengan sengaja.

Itu adalah pesanan yang terbaik.

Secepat yang boleh, anda patut terus kahwin.

Untuk berkahwin, anda mesti berani. Hadapi orang-orang di pihak pasangan dan yakinkan mereka.

Innsya-Allah segalanya akan terjadi.

Netizen ramai belum jumpa jodoh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dengan mengatakan jodoh belum tiba untuk mendirikan rumah tangga. Selain itu, warganet turut kagum mendengar nasihat yang diberikan oleh pendakwah berusia 50 tahun itu.

Sumber: TikTok @BangG