Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi sebuah rakaman video sedih di mana dia sedang berbual bersama anak istimewanya, Azal mengenai hari yang mendatang sekiranya dia sudah tiada lagi.
Artikel berkaitan: Zarina Zainuddin Teruja Anak Pegang Watak Utama ‘Kasih Dari Syurga’ – ‘Mahu Mereka Berdikari’
Artikel Berkaitan: Azal Pandai Baca Al-Fatihah, Netizen Puji Hasil Didikan Zarina Zainuddin & Suami
Artikel Berkaitan: ‘Dia Banyak Berkurung Dalam Bilik Kerana Masih Trauma’ – Zarina Zainuddin
Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Terkilan Ada Individu ‘Edit’ Anak Gila Dalam Wikipedia, Rakan Artis Saran Saman
Kalau ibu dah meninggal dunia macam mana?
Menerusi video tersebut, Azal kelihatan terdiam sebaik sahaja mendengar soalan tersebut daripada ibunya. Zarina yang turut kelihatan mengalirkan air mata pada waktu itu, dilihat terdiam kerana anaknya tidak memberi sebarang respons berhubung pertanyaan yang diajukan itu.
Kalau satu hari nanti ibu tak ada dalam dunia ni, ibu dah meninggal dunia macam mana Azal? Apa yang saya muat naik itu semua bukan konten semata-mata.
Dalam video tersebut juga, Azal telah meluahkan rasa sayangnya terhadap Azil. Menurut Azal, dia sangat menyayangi kembarnya itu, cuma ada kalanya dia tidak tahan apabila abangnya itu mengamuk. Lebih mencuri tumpuan, Azal terkentut semasa sedang berbual bersama ibunya. Reaksi tidak bersalah Azal pada waktu itu berjaya membuatkan netizen terhibur.
Video
View this post on Instagram
Pagi ni saya terlihat video ni. Saya pun tergelak sendiri tengok video Azal. Dia boleh selamba land jer. Masa shooting tu saya serius cakap kat Azal. Saya pun tak sangka video ni keluar.
Menurut Zarina, dia turut terhibur dan tidak sangka anaknya boleh terkentut pada masa itu.
Sumber: Zarina Zainuddin