Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa teruja apabila telefilem pertama lakonan anak istimewanya, Azal Azrai akan ditayangkan di kaca televisyen malam ini. Menurut Zarina, judul telefilem tersebut adalah ‘Kasih Dari Syurga’.
Artikel Berkaitan: Azal Pandai Baca Al-Fatihah, Netizen Puji Hasil Didikan Zarina Zainuddin & Suami
Artikel Berkaitan: ‘Dia Banyak Berkurung Dalam Bilik Kerana Masih Trauma’ – Zarina Zainuddin
Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Terkilan Ada Individu ‘Edit’ Anak Gila Dalam Wikipedia, Rakan Artis Saran Saman
Naskhah pertama Azal
Menerusi laporan Harian Metro, Zarina menyatakan bahawa Azal pernah terlibat dalam dunia lakonan sebelum ini tetapi hanya sebagai watak sampingan. Kali ini, Azal dapat memegang watak utama untuk telefilem arahan Jasmin Hamid dan Riza Baharudin.
Sebelum ini, dia pernah berlakon, tapi sebagai pelakon tambahan untuk watak yang sangat kecil. Jadi, kali ini rezeki untuk Azal memegang watak utama dalam telefilem Kasih Dari Syurga ini.
Saya amat bersyukur kepada pengarah dan penerbit telefilem ini kerana memberi tunjuk ajar kepada Azal dengan penuh sabar.
Tambah Zarina, dia tidak akan menolak jika terdapat tawaran untuk anaknya itu berlakon kerana minat Azal juga ke arah yang sama. Ibu kepada dua anak istimewa itu inginkan mereka untuk berdikari dan memberi peluang kepada diri sendiri.
Sumber: Harian Metro