Hantaran terbaharu isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril di Instagram seakan memberi bayangan sudah sekian lama tidak bertemu dengan anaknya, Khalish Aryan Faisal.

Artikel Berkaitan: Isteri Faisal Halim Dedah Bukan Kali Pertama Diceraikan – ‘Saya Telah Berkorban Seluruh Jiwa’

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Retak, Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?

Rindu…

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nur Syazwani memuat naik video bersama Khalish dan meluahkan perasaan rindu kepadanya.

Dalam hantaran itu, Nur Syazwani juga mengatakan dia yakin mereka akan kembali bertemu suatu hari nanti hingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Mummy (Nur Syazwani) rindu Khalish. Sabar ya sayang, Mummy yakin nanti kita akan jumpa.

Sebelum ini, Nur Syazwani mengejutkan orang ramai apabila didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap Faisal selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Nur Syazwani menyatakan bahawa segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kehidupan yang dilaluinya.

Dakwanya, ini bukan kali pertama dirinya diceraikan oleh Faisal.

Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. 

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Khalish.

Sumber: Instagram