Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya memukau hampir 60,000 orang penonton ketika menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert A. R Rahman ‘Secret of Success’ Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Bergema dengan sorakan
@rozisangdewi Mimpi boss saya jadi kenyataan, berada di konsert legenda muzik India, AR Rahman.? #ARRahman
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan penonton memberikan sorakan dan tepukan berdiri (standing ovation) sebelum dan selepas Tokti selesai menyanyikan lagu ciptaan pemuzik legenda A. R Rahman itu.
Menurut Tokti, malam tersebut memberi sejuta kenangan buat dirinya sebagai seorang penyanyi.
Saya ada impian dan angan-angan namun saya jadikan sebagai harapan. Malam ini, harapan saya ingin sepentas dengan idola dan lagenda muzik dari India telah tercapai. Ini merupakan satu penghormatan buat saya.
Ujar Tokti lagi, perasaannya pada masa itu sangat berdebar, teruja, gembira, terharu dan bahagia.
Melangkah tahun ke-27 saya di dalam industri muzik, membuka tirai tahun 2023, saya mulakan lembaran portfolio karier senin saya dengan catatan peribadi untuk impian menjadi kenyataan. Terima kasih kepada seluruh penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah memberikan saya semangat dari mula menyanyi hingga ke akhir lagu Munbe Vaa tadi. Anda semua memang best.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berkata Tokti berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali. Tambah netizen, lagu yang dinyanyikan itu merupakan lagu yang susah. Pada masa yang sama, netizen turut tertanya-tanya macam mana penyanyi tersebut boleh menghafal lagu Munbe Vaa itu.
Sumber: Rozi Sang Dewi