berita

[VIDEO] Murid Digigit Anjing Liar Di Sekolah, Ini Cerita Guru

November 16th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Isu berkenaan anjing liar semakin meningkat sehinggakan ianya mengganggu ketenteraman awam. Anjing liar yang tidak bertuan sepatutnya ditangkap oleh pihak berwajib sebelum kejadian tidak diingini berulang. Menerusi Facebook Norzuliana yang merupakan seorang guru berkongsi kisah disebalik seorang pelajarnya yang digigit anjing liar di kawasan sekolah.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan murid tersebut yang mengacah anjing itu dahulu adalah tidak benaar. Menerusi perkongsiannya, satu rakaman kamera litar tertutup jelas menunjukkan bahawa empat ekor anjing meluru mengejar murid tersebut.

Anjing liar sangat agresif

Bismillah..

‘Isu Pelajar Digigit Anjing’

Perkongsian saya sebagai salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini yang mana kejadian berlaku pada jam 14:15 ptg hari jumaat 15/11/19. Dari petang semalam terpanggil untuk berkongsi cerita setelah banyak tanda tanya, persoalan, spekulasi, langkah mengatasi, jalan penyelesaian yang belum terjawab sehingga ke saat ini.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak mahu menghuraikan dengan lebih terperinci perihal kejadian. Siapa pun di antara kita, pastinya tidak mahu hal ini terjadi kan? Ada yang membuat penilaian sendiri mengatakan murid tersebut yang memulakan dulu, mengacah2 anjing tersebut. Ada pula pencinta haiwan mengatakan anjing ini jinak dan andai kita yang tidak memulakan mengacah anjing ini, anjing tidak akan menyerang. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, anjing tersebut sememangnya anjing liar yang sangat-sangat agresif dan garang. Suka saya menceritakan, saya sendiri 3 minggu sebelum kejadian, pernah dikejar oleh anjing yang sama sewaktu usai waktu pembelajaran. Nasib menyebelahi saya, sempat masuk ke kereta. Murid lain pon ada yang pernah kena kejar, tapi sempat melarikan diri dan masuk ke dalam kelas. Kami belajar dalam keadaan kelas yang berkunci untuk langkah-langkah keselamatan.

Berhenti buat spekulasi

Ada yang bertanya, di mana yang lain sewaktu kejadian? Kejadian berlaku 3 minit sebelum guru sampai ke sekolah dan berlaku terlalu pantas. Ada yang bertanya, kenapa dibiarkan anjing tersebut berleluasa dalam kawasan sekolah? Apa tindakan pihak sekolah?Apa tindakan masyarakat setempat? Apa peranan pihak berwajib? Pelbagai langkah keselamatan telah diusahakan, namun belum menemui jalan penyelesaian sehingga ke saat ini.

Di sini, saya ingin memohon pada semua agar berhenti membuat spekulasi, membawang isu yang tidak pernah ada penghujungnya kecuali isu ni ditangani segera oleh pihak yang berwajib. Satu saja harapan saya, tolong doakan pelajar ini diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala. Meruntun hati, menangis, melihat video ini hanya Allah yang tau. Tidak dapat saya bayangkan andai anak saya sendiri yang kena. Allahuakhbar! Tak sanggup saya nak ulang tayang melihat video iniUsahlah di antara kita menuding jari mencari siapa yang salah dan siapa yang betul.Tolong doakan jalan yang terbaik buat semua.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat jiran sekolah yang membantu meleraikan anjing ini daripada terus menyerang mangsa, pihak bomba dan polis Teluk Kemang atas keperihatinan semua membantu pelajar ini. Sekarang pelajar ini dirawat di hospital dan akan menjalani pembedahan segera. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat dan menemui jalan penyelesaian. In shaa Allah..

Sumber: Norzuliana

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×