
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil berkongsi pandangan susulan isu kematian seekor anjing yang tular sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Artikel Berkaitan: Rebut Peluang Gandakan Ibadah, Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Pada Hari Asyura
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Puji Suami Bagi Isteri ‘Me-Time’, Titip Nasihat Agar Tidak Langgar Halal Haram
Nasihat Ustaz Wadi
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Ustaz Wadi menegaskan bahawa keselamatan serta nyawa manusia perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Sehubungan itu, setiap pemilik haiwan diingatkan agar menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya dalam menjaga haiwan peliharaan supaya tidak mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada orang lain.
Tiada siapa mahu melihat anak kecil pulang dengan kecederaan akibat diserang anjing. Semoga tiada lagi kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan akibat ancaman anjing yang tidak dikawal.
Kepada semua pemilik haiwan, jagalah amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi keselamatan masyarakat. Jangan biarkan haiwan peliharaan menjadi punca ketakutan atau kemudaratan kepada orang lain.
Menurutnya, anjing liar yang mengancam keselamatan awam juga wajar dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan sewajarnya.
Dalam masa sama, Ustaz Wadi menegaskan bahawa Islam melarang sebarang bentuk kezaliman terhadap haiwan tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Namun, ihsan terhadap haiwan tidak seharusnya mengabaikan hak serta keselamatan manusia kerana kedua-duanya perlu dipelihara secara adil.
Islam mengajar kita berlaku ihsan kepada haiwan tanpa mengabaikan hak dan keselamatan manusia. Itulah rahmat Islam.
Ustaz Wadi turut menggesa orang ramai agar menilai sesuatu isu berdasarkan fakta yang lengkap dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tular di media sosial.
Sumber: Threads Ustaz Wadi Annuar






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

