Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan pendidikan sangat penting untuk menjamin kehidupan seseorang di masa hadapan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terus Ke Masjid & Menangis’ – Nabil Terkesan Selepas Terima Surat Direhatkan Dari Radio, Risau Masa Depan Anak 

Pendidikan sangat penting buat Nabil

Menurut pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad itu, perkara itu jugalah yang sering diterapkan dalam diri tiga anak perempuannya iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Ujarnya, dia tidak mahu anak-anaknya itu memilih ‘jalan’ mudah yang lebih kurang sama dengan kerjayanya ketika ini.

Pada saya, untuk seseorang itu jadi ‘somebody’ dia perlukan jadikan pendidikan itu sebagai kepentingan utama.

Macam saya, dah ada anak nak besarkan mereka dan hantar ke sekolah.

Pada saya mereka tak perlu ikut jalan yang saya pilih, jalan yang saya pilih ini susah.

Jadi saya nak beri mereka pendidikan, pergi ke universiti dan jadi seorang yang lain macam doktor ke kan?

Nabil berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast ‘Aididitmyway’ yang dikendalikan bekas personaliti TV3 iaitu Aidid Marcello.

Jadilah selebriti yang berpendidikan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Walau bagaimanapun, juara program Raja Lawak musim kedua ini tidak menolak sekiranya salah seorang anak mahu memilih untuk berada dalam dunia hiburan.

Namun, anaknya itu tetap perlu mengutamakan pendidikan sebagai ‘backup’ kepada kerjaya yang tidak menentu itu.

Saya ada dalam dunia hiburan dan kalau anak-anak juga pilih untuk berada dalam dunia yang sama, mungkin sebab ‘cable’ dah ada.

Sebagai contoh anak saya boleh mengacara tapi saya nak mereka jadi pengacara yang ada ijazah sarjana (PhD) atau ada satu ‘basic’ supaya ada ‘backup’.

Sebab kerjaya ini kalau tak ada pelajaran dan bila sampai waktunya untuk habis, habislah.

Jadi itu yang saya fikirkan selama ini ke mana seseorang itu tanpa pelajaran?

Video

@aididitmyway Tak kisah apa pun hala tuju kita, pendidikan tetap perlu diutamakan. ?? “Sediakan payung sebelum hujan”, kita tak tahu sampai bila kerjaya sekarang dapat menjamin hidup kita. Tak rugi pun kejar ilmu. ?? Jangan lupa dengarkan cerita penuh Nabil Ahmad di YouTube AididitMyWay okay! ? #aididitmyway #podcast #AIMW #aididmarcello #nabilahmad #pelawak #pendidikan #education #motivasi ? original sound – AididitMyWay

Sumber: TikTok