![[VIDEO] Nabila Huda Akui Tidak Layak Jadi Guru Lakonan – ‘Saya Sendiri Pun Masih Perlukan Bimbingan’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/nabila-huda-1.jpg)
Pelakon, Nabila Huda mengakui masih belum merasa cukup layak untuk berperanan sebagai guru dalam bidang lakonan walaupun sudah mempunyai pengalaman dalam industri seni sekitar 25 tahun.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Pertahan Amy Search, Tempelak Betin* Cetus Pergaduhan – ‘Dia Kena Caci Dengan Tahi Kau Buat’
Artikel Berkaitan: ‘Sedar Diri Kau Tu Pel*cur Berstatus Datin, Berhenti Memalukan Suami Tercinta’ – Nabila Huda
Masih belajar

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila, 40, berkata tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan komitmen masa yang banyak.
Saya belum layak lagi untuk jadi seorang guru untuk mengajar orang teknik lakonan sebab saya sendiri masih belajar dan terkapai-kapai mahu hidup macam orang biasa.
Di rumah, saya mahu menjalani kehidupan normal setiap hari. Saya mahu menjadi seorang ibu dan isteri sepenuh masa pun masih belum lepas.
Jadi, untuk mengajar orang berlakon pula agak sukar. Kalau mereka sekadar bertanya dan mahukan pendapat di lokasi penggambaran, saya terbuka untuk berkongsi jika ada kelapangan masa.
Boleh kongsi ilmu

Kata Nabila, dia hanya berkongsi ilmu kerana lakonan adalah bakat semula jadi dan perlu dipelajari melalui pengalaman sendiri.
Saya sendiri pun masih perlukan bimbingan seorang guru supaya tidak akan jadi stereotaip.
Dari situ juga saya dapat belajar sesuatu yang lain yang kita sendiri pun tidak nampak. Itu yang seronok bila berguru.
Tapi kita tidak tahu suatu hari nanti. Saya teringin juga mahu gunakan apa yang saya ada kini, apa yang saya faham, apa yang saya belajar sepanjang dalam industri ini dikongsikan kepada mereka.
Mereka kena tahu sebab benda ini bukan semuanya indah maksud saya bukan dari segi kontroversi atau publisiti. Saya masuk ke dalam industri pun bukan kerana semua itu kerana pada saya tidak penting.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)