![[VIDEO] Nabila Huda Hidap Slip Disc, Tidak Mahu Cuti Demi Teater Muzikal – ‘MC Tiada Dalam Kamus Hidup’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/nabila-huda-2.jpg)
Pelakon, Nabila Huda disahkan mengalami masalah tulang belakang (slip dic) pada tahap L5 selepas berdepan sakit pinggang yang berpanjangan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Saya Tidak Penting Untuk Anda’ – Nabila Huda Luah Rasa Sedih Dengan Sikap Darah Daging Sendiri?
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Kongsi Petikan Tentang Luka Yang Dialami – ‘Mereka Gelar Saya Anak Perempuan Pemarah’
Slip dic

Kata Nabila, 41, sakit pinggang yang dialaminya kali ini memberi kesan pada pergerakan hariannya.
Kesakitan itu membuatkannya nekad untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Dulu saya pernah cakap ada masalah sakit pinggang. Tapi sudah lama tidak buat perangai.
Nak dijadikan cerita, dua hari lepas bangun tidur, tiba-tiba sakit pinggang balik.
Kali ini sakit lain macam sampai susah nak berdiri. Pergi hospital nak buat Pengimejan Resonans Magnetik MRI dulu untuk tahu keadaan, konon nak sedapkan hati.
Sekali, dikenal pasti sebagai slip dic.
Sementara itu, pelakon filem Telaga Suriram itu mengakui telah bekerja lebih keras kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang lakonan.
Kata Nabila, dia memilih untuk tidak mengambil sebarang cuti kerana tuntutan kerjanya dalam pementasan Teater Muzikal Masmoona yang bakal dibintanginya bakal berlangsung esok.
Paling kelakar, doktor tanya, ‘awak nak MC tak? Saya tergelak cakap, ‘kerja kami ini MC memang tiada dalam kamus’.
Gila nak MC! Show hari ini, orang sudah beli tiket, siapa yang nak ganti watak ‘Malam?’ Tidak mungkin!
Menurutnya, dia hanya akan berehat dan melakukan fisioterapi selepas pementasan yang berlangsung selama empat hari itu berakhir.
Sumber: Instagram








