berita

[VIDEO] Nabila Huda Tetap Tak Kenal Nad Zainal, Dedah Kena ‘Block’ Di Instagram

August 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

abil nad zainal

Pelakon Nabila Huda menegaskan dia sama sekali tidak pernah kenal dengan aktres Nad Zainal yang dulu pernah menjadi kawan rapat.

Artikel Berkaitan: ‘Maaf, Siapa Ni? Pelakon Ke?’ – Nabila Huda ‘Mengusik’ Nad Zainal

Simptom Covid jadi pelupa?

Nabila Huda Nad Zainal

Menerusi video HibGlam, Nabila, 38, yang lebih mesra disapa dengan Abil menekankan sekali lagi yang dirinya langsung tidak mengenali individu bernama Nad Zainal.

Dengan wajah ‘kering’, Abil berkata berkemungkinan dia menjadi pelupa memandangkan sudah dua kali dijangkiti virus Covid-19.

Nad Zainal? I never heard about her name. Siapa? Dia pelakon ke? Serius? Dia pelakon? Saya tidak kenal dia.

Korang tahu saya pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali mungkin itu simptom saya jadi pelupa. Tetapi yang pasti, saya memang tidak kenal dan tidak tahu siapa dia.

Siapa nama dia tadi, Nad Zainal? Tak kenal.

Ingin mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi menunjukkan bukti telah disekat (block) oleh isteri kepada aktor, Ungku Ismail Aziz di Instagram (IG).

Kalau betul dia kawan saya, dalam Instagram pasti ada. Tak ada pun. Saya kena block padahal tidak kenal pun. Saya tak kenal. Maafkan saya.

Semalam, Abil menjadi sorotan netizen apabila meninggalkan komen ‘Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?’ di sebuah rakaman temu bual Nad Zainal bersama pihak media.

Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan Nad Zainal bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti yang dahulu merupakan sahabat baiknya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×