Usahawan jelita, Madammu memberi pandangan mengenai nafkah yang diberi suami dan meluahkan pendapat tentang keperluan seorang wanita berkerjaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Dedah Selepas 8 Tahun Kahwin Seorang Wanita Datang Mengaku Pernah Ada Hubungan Dengan TP – ‘Tak Tahulah Apa Motifnya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’
Pendapat Madammu
@miss_tyra.n014750
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkata, nafkah yang diberi perlu mengikut kemampuan suami.
Justeru, para isteri seharusnya mengetahui tentang kewangan suami di awal perkahwinan lagi dan menerimanya dengan ikhlas.
Kena ikut kemampuan suami kita. Kalau suami mampu bagi RM1,000 maka RM1,000. Kalau mampu RM100,000 maka RM100,000.
Semasa kahwin dengan dia, awak dah tahu awal-awal lagi level kewangan dia paras mana. Jadi apabila dah tahu, maksudnya awak dah reda dan terima.
Wanita perlu perhatian
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 34 itu turut memberikan pandangannya dari sudut wanita bekerjaya.
Menurut Madammu, kebanyakan wanita yang mempunyai pendapatan sendiri tidak mengharapkan wang daripada suami tetapi mereka mahukan perhatian.
Tapi bagi saya, bila saya dah ada kerjaya saya sudah tak mahu duit dari TP (suami). Apa yang saya nak adalah perhatian dan kasih sayang.
TP tak pernah menolak kalau saya ajak ke mana-mana. Contoh saya ajak minum atau pergi makan. Itu yang menyebabkan saya rasa sentiasa cukup sebab dia memenuhi semua.
Itu sahaja yang saya nak, sebab dia melayan..dia sempurnakan jiwa saya.
Madammu juga menyifatkan perhatian adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh para suami selain pandai menjaga emosi isteri.
Saya tak nak sentuh bab nafkah tapi pada saya wanita berkerjaya sebenarnya mahukan perhatian sahaja dan layanan.
Sebab semua itu saya tak boleh dapat dengan duit, tapi boleh dapat daripada suami saya.
Perempuan ni kadang kala tak matang, kebudak-budakan. Jadi dia nak suami dia pujuk dan menangis…beremosi bersama.
Sumber: TikTok