berita

[VIDEO] Nak Bawa Adik Beli Mainan, Budak 6 Tahun Pandu Kereta Hingga Terbabas

May 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikesan memandu kereta jenis Toyota Vios milik keluarganya sehingga terlibat dengan kemalangan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Je Budak 9 Tahun Ni ‘Drive’ Kereta Ronda Kampung

Bawa adik beli mainan

Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut difahamkan telah memandu 2.5 kilometer (km) dari rumahnya untuk membawa adiknya yang berusia tiga tahun untuk membeli mainan di kedai.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, kemalangan tersebut menjadi tular selepas tersebarnya video memaparkan kanak-kanak tersebut yang memandu tanpa pengetahuan ibu bapanya di media sosial.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video

@kaizoku0707 Mengalahkan Myvi..Budak 6 tahun rembat vios p kedai..sakan la 2 beradik ni ? alhamdulillah mereka selamat ?? Tlg Simpan kunci kereta Baik3 ya #viral #langkawi ? original sound – Kaizoku0707 Shop

Sumber: Harian Metro, TikTok 

SKIP THIS AD ×