berita

[VIDEO] Selamba Je Budak 9 Tahun Ni ‘Drive’ Kereta Ronda Kampung

September 7th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Baru-baru ini, viral rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak yang masih di bangku sekolah rendah dengan selambanya telah memandu kereta seorang diri tanpa pengawasan orang tua. Difahamkan, kejadian ini berlaku di Rembau, Negeri Sembilan.

Budak darjah tiga memandu kereta

Video berdurasi 0:45 saat yang dimuat naik semula oleh wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun berada di dalam sebuah kereta dan sedang duduk di kerusi bahagian pemandu.

Menerusi video pendek yang dirakam, turut memperlihatkan seorang lelaki sedang menyapa kanak-kanak terbabit yang pada ketika itu sedang memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tepi jalan.

Pantau pergerakan anak-anak

Sementara itu, apabila ditanya mengenai umur, kanak-kanak tersebut menjawab dia merupakan pelajar darjah 3 dan bersekolah di Bongek, Rembau, Negeri Sembilan. Namun, tidak lama selepas ‘berbual’, kanak-kanak itu telah memandu meninggalkan kawasan tersebut. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak terbabit mendapat kebenaran untuk memandu kenderaan tersebut ataupun tidak.

Ekoran daripada kejadian itu, Mohd Redzuan turut menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan memantau pergerakan anak-anak. Tindakan seperti ini adalah sangat berbahaya buat kanak-kanak itu dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×