berita

[VIDEO] ‘Nak Maintain Body 36 23 38 Sampai Umur 50 Bukan Senang’ – Che Ta

August 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Rozita Che Wan

Perkongsian terbaharu di laman TikTok milik dramatis popular, Rozita Che Wan sekali lagi mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zain Saidin Lelong Baju Che Ta Serendah RM5

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Kecewa Dapat Tom Yam Bekas Orang Dah Makan -‘Ada Nasi! Melampau Meniaga Macam Ni’

Maintain body

Rozita Che Wan

Menerusi video yang dimuat naik, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta dilihat sedang berjalan menuju ke kereta bersama suami yang juga aktor Zain Saidin untuk menghadiri undangan perkahwinan.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis Che Ta apabila dia mengatakan tidak akan makan dalam kuantiti yang banyak ketika di majlis berkenaan.

Ini kerana, Che Ta  berseloroh mengatakan bukan mudah untuknya mengekalkan tubuh badan yang langsing ketika usianya sudah pun mencecah 50-an.

Jom pergi makan kenduri, tapi tak boleh makan banyak sampai sekawah, kang nanti alligment lari.

Penat jaga badan, nak mantain 36 23 38 (saiz ukur lilit tubuh) sampai umur 50 ini bukan senang cik oi!

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji kecantikan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Malah, ada juga segelintir wargamaya yang berharap dapat memiliki tubuh badan ideal seperti Che Ta apabila usia mereka mencecah 50-an.

Video

@rozitachewan1 Jommmmm nk p makan kenuqiiiiii .. tp tk leh la makan sampai sekawah kang laqi alligment? Penat jaga body wakkkkk .. nk maintain 36 23 38 sampai umoq 50 ni bukan senang cikkkk oiiiiii? . #cheta #rcw #rozitachewan #fyp #makankenduri #zsrcw ? Panah Asmara – Afgan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×