Seorang wanita tampil mempertahankan anak perempuan kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aisyah Dhia Rana gara-gara ramai yang mendakwa Aaisyah tidak menjalani zaman kanak-kanak sebenar kerana sering mengenakan solekan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Beli Katil Hampir RM10K, Kualiti Ta*k’ – Rozita Che Wan Kecewa Dengan Perabot Lokal
Artikel Berkaitan: Anak Che Ta Stabil, Jalani Pembedahan ‘Supernumerary Mesiodens Tooth’
Budak perempuan suka ‘makeup’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita berbangsa Cina itu berkata ia adalah normal bagi seorang kanak-kanak perempuan menunjukkan minat dalam solekan.
Ramai yang kata anak Che Ta tidak menjalani kehidupan kanak-kanak kerana memakai ‘makeup’.
Sebenarnya dia memang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Jangan cakap awak tidak pernah bermain dengan alat solek ibu awak dan tak pernah pakai ‘makeup’ semasa kecil dahulu.
Saya tahu anak Che Ta tidak memakai ‘makeup’ ini sendiri tetapi saya pasti itu adalah hasil solekan yang dia mahukan.
Dalam pada itu, dia juga berkongsi beberapa keping gambarnya ketika masih kecil dan ternyata dia juga minat dan selalu mengenakan solekan.
Saya sendiri pakai ‘makeup’ setiap kali saya keluar rumah sehinggalah saya baligh kerana ketika itu saya mengalami masalah jerawat yang teruk. Sebab itulah saya berhenti bersolek sehingga sekarang.
Saya masih ingat setiap kali saya ke pasar raya, saya akan ke bahagian alat solek dan saya cuba memakai ‘tester’ yang disediakan. Itulah zaman kanak-kanak saya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan wanita tersebut dan turut berkongsi zaman kanak-kanak mereka yang sering bermain dengan alat solek dan barang-barang ibu mereka.
Terdahulu, di ruangan komen pada hantaran di Facebook (FB) OhBulan!, warganet memberi pelbagai reaksi terhadap gambar Aaisyah, antaranya kanak-kanak itu didakwa lebih awal terdedah kepada alam dewasa berbanding usianya yang sangat muda.
@hokkien_laobu2.0 It’s only overboard when it becomes an obsession. I don’t think her mom (che ta) forced her into this, she was simply copying her mom. It’s a very kid thing to do. You guys identified the wrong root. If there is anything that her mom has been doing wrong, it would be that her mom did not explain to risk of long term exposure to makeup. #malaysiantiktok?? #fyptiktokmalaysia?? #fypmalaysia?? #malaysiatiktokviral #cheta #anakcheta #rozitachewan
Sumber: FB OhBulan! TikTok