Gelagat comel anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden Ahmad semasa meluahkan perasaan sedih kepada ayahnya hari ini, ternyata mencuri tumpuan netizen. Momen tersebut dikongsikan oleh Sharnaaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Artikel berkaitan:[VIDEO]’Last Sekali Tu Ambil Hang’ – Gelagat Jebat Jayden Cakap Telefon Curi Tumpuan Netizen
Berat lagi masalah negara Jebat Jayden
View this post on Instagram
Berat mata melihat, berat lagi masalah negara Jebat Jayden.
Menerusi video berdurasi 2:36 saat, Jebat kelihatan sedang meluahkan perasaan sedih kepada ayahnya sewaktu mereka bersama. Menurut Sharnaaz, Jebat hendak bermain bowling di dalam kereta. Namun, anaknya itu mahu kenderaan tersebut bergerak pada waktu yang sama. Oleh kerana risau, Sharnaaz memberhentikan keretanya dan Jebat mula bercakap seolah sedih dengan apa yang berlaku.
Nangis, achum..baba nangis tak boleh…kes dia, dia nak main hat ni dalam kereta
Kuat bebel ni
Rata-rata rakan artis dan netizen terhibur melihat gelagat Jebat. Menurut rakan artis, masalah yang dihadapi oleh Jebat sangat berat namun, anak kecil itu masih kekal comel dan bijak.
Sumber: Sharnaaz Ahmad