Di media sosial, tular satu rakaman dashcam kemalangan yang berlaku antara sebuah motosikal dan sebuah Perodua Axia. Kemalangan tersebut berlaku pagi semalam, di lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) berhadapan Aeon Big Seksyen 23 Shah Alam.

Kemalangan ngeri

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1348981790459875338

Video berdurasi kurang 15 saat itu, menunjukkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan selepas kereta Perodua Axia memasuki lorong kanan secara tiba-tiba. Penunggang motosikal yang cuba memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba itu, bagaimanapun dilanggar Perodua Axia tadi sebelum tersepit di pembahagi jalan.

Menurut laporan awal, penunggang motosikal itu difahamkan maut ditempat kejadian

Kesiannya

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang terjadi dan mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Info RoadBlock JPJ/Polis & Toon Seri