![[VIDEO] Nam Ron Akui Ada Pelakon Terima Bayaran Cecah RM100,000 – ‘Perlu Seiring Dengan Pencapaian’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/nam-ron-1.jpg)
Pelakon, Nam Ron tidak menafikan ada pelakon yang menerima bayaran sekitar RM100,000 selepas membuktikan kredibiliti menerusi kemenangan anugerah dan kejayaan filem yang dilihat turut mencatat kutipan pecah panggung.
Artikel Berkaitan: Nam Ron Dedah Penentu Pelakon Layak Dibayar Tinggi – ‘Filem Box Office, Menang Anugerah… Penerbit Berani Bayar’
Artikel Berkaitan: ‘Que Haidar Tolong Jangan Menghilang Lagi, Terus Berdiri & Lawan’ – Namron
Bayaran tinggi

Ketika ditemui OhBulan!, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 57, memberi contoh Zizan Razak yang dianggap sudah membuktikan kemampuan dalam lakonan sehingga pengarah tidak teragak-agak untuk memilihnya membintangi filem.
Bukan bermaksud dekat Malaysia tiada pelakon yang dapat harga itu. Ada, tetapi pelakon itu harus membuktikan dahulu seperti filem lakonannya memang box office seperti Zizan Razak.
Kalau Zizan, tidak mustahil orang tidak akan bayar dia dengan harga RM30,000 atau RM40,000 kerana dia sudah membuktikan, sama seperti Shaheizy Sam.
Nam Ron berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Terbang di TGV KLCC, baru-baru ini.
Kata pelakon filem Terbang itu, pelakon yang masih baharu dan belum mempunyai pengalaman luas tidak seharusnya meletakkan bayaran terlalu tinggi lebih-lebih lagi jika pengalaman mereka hanya dalam drama.
Tapi untuk pengalaman yang baru empat tahun berlakon drama, saya rasa belum membuktikan apa-apa untuk demand RM100,000.
Saya tiada isu dengan perkara ini, bagi saya bagus kalau industri menerima harga yang sedemikian tetapi perlu seiring dengan pencapaiannya.
Selain membuktikan, pelakon juga harus memberikan ruang untuk rundingan. Kadang-kadang pelakon baharu mereka tidak faham, kalau beri harga itu memang nak harga itu.
Sebenarnya perlu sediakan range harga supaya ada ruang untuk berunding.
Mengulas lanjut, Nam Ron berkata kadar bayaran bagi setiap filem berbeza kerana kejayaan sesebuah karya bergantung pada jumlah penonton yang sanggup membayar untuk menyaksikannya di pawagam.
Berlakon di televisyen tidak sama dengan berlakon dalam filem. Berlakon di televisyen orang menonton secara percuma, mereka tidak perlu bayar.
Filem lain, nak tengok kena bayar. Penonton akan berfikir banyak kali sebelum hendak melihat lebih-lebih lagi harga tiket wayang pun tidak murah.
Jelas Nam Ron lagi, sekiranya pelakon bersetuju menerima bayaran rendah, mereka tidak sepatutnya memburukkan pihak produksi selepas membuat keputusan tersebut.
Ujarnya, pelakon boleh menolak secara baik tanpa perlu menjadikannya sebagai isu atau memburukkan pihak lain di belakang.
Kita boleh tolak kalau tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan itu. Saya selalu nasihatkan pelakon baharu, kalau dah terima tawaran yang bayaran rendah, jangan nak bising pula.
Contoh ditawarkan harga RM30,000 untuk jadi watak hero dan pelakon itu terima tapi dekat belakang bercakap buruk.
Bagi saya, kalau sudah ambil bayaran itu, perlu terima dan jangan mengutuk belakang, tak elok.
Terdahulu, nama Nam Ron menjadi bualan ramai selepas berkongsi mengenai seorang pelakon yang didakwa meminta bayaran sebanyak RM100,000 walaupun tidak memiliki pengalaman.
Pelakon berkenaan bagaimanapun didakwa tidak mempunyai pengalaman berlakon dalam filem.







![[VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-syukri.jpg)
