Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berpendapat mewujudkan pusat pelacuran di Malaysia adalah satu keperluan buat perkerja asing terutama kaum lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mak Jah Sebak Terima Bantuan Kerusi Roda Elektrik, Duit Bulanan Daripada Rosyam Nor
Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Ajak Individu Ada Pengalaman Misteri Join Podcast, Kerja Bawa Van Jenazah & Jururawat Dialukan
Kepentingan pusat pelacuran
Menerusi sesi podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam berkata pusat pelacuran boleh menjadi tempat untuk pekerja asing menampung ‘kemahuan nafsu’ mereka.
Katanya, hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kes rogol di Malaysia.
Pusat pelacuran adalah perlu, ini kerana sekarang kita lihat pendatang yang datang ke negara kita sebanyak 3 juta orang.
Sedangkan bini mereka semua ditinggalkan di negara asal mereka, nama pun lelaki. Kalau dia tak ‘keluarkan’ (bersetubuh), mereka mahu tonjolkan ke mana?
Dia orang lihat anak dara dan bini kita lalu, silap-silap mereka rogol anak bini kita. Boleh jadi sampai ke tahap itu.
Mereka lelaki dan kalau malam tidak kerja mereka pasti lihat video porno. Sekurangnya bila ada rumah pelacuran, mereka boleh pergi bayar di sana.
Itu pandangan saya secara peribadi, mungkin saya salah mungkin saya betul. Orang ramai boleh fikir sendiri.
Potongan podcast tersebut kemudian dimuat naik semula di TikTok sehingga mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Segelintir warganet bersetuju dengan pendapat yang dikemukan dan menyifatkan aktor berusia 56 itu memiliki pemikiran yang matang.
Pun begitu, ada segelintir wargamaya yang tidak sehaluan dengan pendapat Rosyam.
Kata mereka, isu yang perlu dititikberatkan adalah pengawalan pendatang asing dan bukannya menambah bilangan pusat pelacuran.
Video
@suhanchannelofficial Rumah pelacuran ni perlu?! ? EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.? #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita ? original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan
Sumber: TikTok