berita

[VIDEO] ‘Nampak Berat Dia Angkat’ – Pertaruh Nyawa Demi Keselamatan Pengguna Lebuhraya

December 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Viral sebuah video menyaksikan seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Lelaki tersebut terpaksa berjalan ke tengah jalan raya dan mengalihkan besi yang dipercayai terjatuh dari muatan sebuah lori.

Aksi lelaki berkenaan bagaimanapun mendapat pujian netizen dan ada juga yang menasihati agar lelaki itu segera melaporkan ke pihak PLUS untuk melakukan kerja ini.

Pertaruhkan nyawa

Rakaman video pendek dari individu yang dikenali sebagai Xidi Zaid ini menyaksikan aksi berbahaya dilakukan seorang lelaki dipercayai berbangsa India. Dia telah memberhentikan kenderaannya di bahu jalan raya dan melintas untuk mengutip besi yang jatuh di tengah jalan. Difahamkan kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan Sungai Buloh.

Terima kasih bro. Pertaruh nyawa untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Baru 5 minit tadi. Restoran Jejantas Sg. Buluh menghala Utara.

Tindakan bahaya yang dilakukannya itu mendapat pujian ramai netizen. Terpaksa mempertaruhkan nyawa demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Hero yang sebenar

Sepatutnya call PLUS

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen menasihati agar tindakan sedemikian adalah tidak wajar. Sepatutnya individu berkenaan perlu menghubungi pihak PLUS untuk membantu mengalihkan besi yang berada di tengah jalan itu. Hal ini kerana tindakan sebegitu mungkin dapat meragut nyawa sesiapa sahaja yang melalui aliran trafik tersebut.

Sumber: Xidi Zaid

SKIP THIS AD ×