berita

Video Nangis Nabila Razali Cuma Gimik Untuk Musik Video

November 30th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Ingat lagi video viral Nabila Razali menangis gara-gara kecewa dengan seorang lelaki? Sejak muat naiknya, ramai yang memetik nama pelakon Aedy Ashraf sebagai punca kekecewaan Nabila  memandangkan sebelum ini mereka pernah dilaporkan sedang ‘berkawan’ rapat.

Artikel berkaitan: “Lelaki Ni Tak Pernah Cukup Kan..” – Nabila Razali Muat Naik Video Kecewa, Tuju Pada Aedy Ashraf?

Malah, penyanyi ‘Pematah Hati’ itu dilihat telah memadamkan foto mesranya bersama Aedy dan menyahikut (unfollow) aktor itu di Instagram, sekaligus menguatkan andaian netizen bahawa video itu sememangkan ditujukan kepadanya. Nampaknya, warga netizen sudah boleh berhenti berspekulasi  kerana segala yang berlaku antara Nabila dan Aedy sebenarnya hanya lakonan semata-mata.

Hanya sekadar lakonan

Sebentar tadi, penyanyi itu mendedahkan kepada Berita Harian drama ‘dipentaskan’ itu adalah sebahagian daripada strategi mempromosikan klip video terbarunya, Pematah Hati. Tambahnya, dia  teruja dengan reaksi yang diterima setakat ini kerana berjaya membuatkan ramai percaya dengan drama kisah ‘cinta’ mereka.

Taktik itu nampaknya berkesan kerana ramai peminat percaya. Saya lihat perancangan syarikat pengurusan dan pengarah video muzik, Storytellrs mempromosikan Pematah Hati berjaya.

Sebenarnya, saya dan Aedy hanya bekerjasama menjayakan klip video lagu berkenaan dan bersifat profesional.

Sungguhpun begitu, ada beranggapan cara Nabila itu seperti ingin meraih perhatian menerusi publisiti murahan.

Netizen kena ‘game’

Mengulas perkara ini, Nabila berkata dia tidak merasakan gimik itu murahan sebaliknya menampakkan komitmen mereka dalam merealisasikan watak yang disandang.

Apa yang dilakukan hanyalah atas urusan kerja. Aedy sangat komited dalam merealisasikan watak sebagai si pematah hati.

Pada mulanya, saya tak merancang memuat naik gambar kami berdua. Tapi disebabkan foto itu cantik, saya buat keputusan untuk berkongsinya.

Apabila hype itu menjadi, saya dan Aedy mengikut rentak. Saya tak anggap ia gimik murahan sebaliknya membuka banyak peluang lain termasuk dalam dunia lakonan.

Hebat betul permainan Nabila. Bagi yang belum tengok video Pematah Hati, sini admin kongsikan video klip terbaru dari Nabila Razali. Kalau korang ikuti ‘drama’ diorang ni dari mula, korang akan perasan segala gambar mesra mereka berdua sebelum ini adalah sebahagian daripada pembikinan video.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×