berita

Dituduh Perosak Industri & ‘Berkiblatkan’ BTS, Da Unknown Tak Melatah – ‘Kami Mempunyai Identiti Sendiri!’

April 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kumpulan Da Unknown dianggotai oleh Momo, Mary Haf, Izmeer, Ameer dan Zaq. Baru sahaja melangkah ke industri seni, lima anak muda berbakat ini tidak lari daripada kritikan netizen.

Tak tiru langsung

Menurut wakil Da Unknown iaitu Momo, mereka akui terasa hati apabila digelar kumpulan baru akil baligh dan dituduh menjadi perosak industri.

Kata Momo, tohmahan yang dikatakan itu seolah tidak menghargai usaha mereka yang telah mengeluarkan lagu-lagu terbaik dan berkualiti.

Dituduh meniru BTS, Momo menekankan mereka berlima mempunyai identiti tersendiri justeru tidak wujud istilah itu.

Ada orang cakap kami kumpulan baru akil baligh. Paling teruk, ada yang cakap kami perosak industri dan ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima jejaka sebagai ahli kumpulan.

Kami akui kami terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu? Kami dah berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.

Mengenai BTS, kami tak tiru langsung pun. Kami mempunyai identiti sendiri. Semua kritikan netizen tidak kami jawab, kami hanya membiarkan sahaja.

Kami akan cuba memperbaiki diri kami dan memberi kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang.

Satu permulaan baik

Tambah Haf, dia menyedari lagu Jangan Marah (Baby Sayang) lebih dikenali daripada mereka sendiri. Tidak berasa ‘down’, Haf menganggap itu sebagai permulaan dan menjadi pembakar semangat untuk mereka berlima terus berkarya.

Lagu terbabit viral di TikTok dan digunakan oleh ramai netizen. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik biarpun orang tidak mengenali kami lagi.

Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti dan mendapat respons baik.

Kami juga menghadiri pelbagai kelas seperti kelas tarian, kelas vokal dan belajar cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang ramai untuk memantapkan lagi kumpulan kami.

Da Unknown ditemui di majlis berbuka puasa Ace Talents bersama anak-anak yatim dan pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.

MV OoTD Raya akan dilancarkan pada hari ini jam 8 malam di Youtube Ace Talents.

Selain Da Unknown, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Ciptaan Cat Farish

Bercerita tentang lagu OoTD Raya, Azuein Alonto percaya single nyanyian Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff idham dan Al Farabi mampu mendapat tempat di hati pendengar.

Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu OoTD Raya ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.

Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar.

SKIP THIS AD ×