![[VIDEO] Nasi Ayam RM26 Tular, Noor Kartini Gembira Peniaga Lain Dapat Tempias Rezeki – ‘Mereka Boleh Kembangkan Perniagaan’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/nasi-ayam-mama-tini.jpg)
Jualan nasi ayam yang dihasilkan oleh usahawan, Datin Noor Kartini yang berharga RM26 sebekas telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Okay Saja Dengan Review Orang Ramai Pasal Nasi Ayam Mama’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: Noor Kartini Jual Nasi Ayam RM26 Sebekas, ‘Review’ Semua Puji Sedap & Berbaloi
Nasi ayam Mama Tini
Menerusi temu bual bersama Nona, Noor Kartini meluahkan rasa syukur apabila makanan yang dihasilkan itu mula mendapat perhatian ramai.
Ada orang kata, ‘kenapa masih nak jual nasi ayam? Esok-esok keluar kereta baharu, pergi haji balik harilah.’
Janganlah fitnah begitu.
Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat, selepas RM26 nasi ayam saya tular, nama nasi ayam meledak sekarang.
Menurut Noor Kartini, secara tidak langsung perniagaan yang dihasilkan itu turut membantu mempertingkatkan jualan peniaga-peniaga yang lain.
Orang-orang dari luar Kuala Lumpur dan yang jauh, apabila mereka teringin nak makan nasi ayam, mereka akan pergi ke kedai. Seperti di Kelantan, Johor, Melaka dan sebagainya.
Jadi, Alhamdulillah nama nasi ayam dah jadi satu fenomena.
Disebabkan RM26, kalau saya buat RM8, siapa yang nak kisah?
Saya pun gembira sebab sekarang peniaga-peniaga nasi ayam boleh kembangkan lagi perniagaan mereka dan makin maju serta berkat. InsyaAllah dapat membantu kewangan keluarga.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan reaksi positif terhadap penjualan makanan tersebut kerana membangkitkan rasa keinginan orang ramai untuk membeli nasi ayam daripada peniaga lain.
Sumber: TikTok Nona