Kisah selebriti terkenal Neelofa sering mencuri perhatian wargamaya terutamanya selepas dikurniakan anak lelaki yang comel iaitu Muhammad Bilal.
Artikel Berkaitan: Neelofa ‘Belanja’ Lagi Wajah Sipi Bilal, Netizen Kecewa – ‘Bayangkan Dah Sampai Ajal Tak Dapat Tengok?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lentok Atas Paha Haris, Peminat Suka Tengok Neelofa Bermanja – ‘Isteri Lebih Tua Memang Romantik’
Kesian Bilal
Baru-baru ini, ketika siaran langsung (live) bersama aktres Diana Danielle, Neelofa mengakui rasa bersalah apabila terpaksa fokus kepada tuntutan kerja lalu tidak memberi perhatian kepada Bilal.
Bagaimanapun, kata usahawan berumur 38 tahun ini, dia akan memastikan masanya dibahagikan secara adil setiap hari.
Kita kan banyak kerja, kita on the phone juga. Jadi saya rasa bersalah kadang-kadang bila Bilal pusing lari depan saya. Saya tahu dia tengah cuba dapatkan perhatian tetapi umi tengah kerja.
Apa yang kita boleh buat adalah bahagikan masa. Pastikan bila dah letak telefon di tepi, anda betul-betul bagi perhatian pada dia.
Urus anak & suami sendiri
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan anak lelakinya akan diuruskan sendiri bukan ‘lepas tangan’ pada pembantu rumah atau ‘helper’.
Saya mandikan Bilal sendiri dan suapkan dia makan. Malah, suami saya (Haris) sangat strict bab makan. Saya yang kena sediakan.
Setiap hari saya fikir nak masak apa. Saya akan hubungi Haris dan ambil order makanan.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Sumber: Instagram