Pasangan selebriti popular iaitu Noor Neelofa dan Haris Ismail sering menjadi perhatian orang ramai dengan gelagat ‘sweet’ mereka sebagai suami isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haris Ismail Terima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Neelofa Syukur Siap Hashtag #SuamiMudaKauAda
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haris Nak Pen, Neelofa Sanggup Naik Ke Tingkat Tiga’ – Noor Kartini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risau Tengok Neelofa Berkerusi Roda, Peminat Tanya Hamil Lagi Ke?
Lentok kepala di paha
@seorangnur Bercinta sampai syurga ?? Moga Allah jaga kalian berdua ? #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? original sound ? – Fadhilah Intan
Terbaharu, menerusi video di TikTok, Haris dan Neelofa hadir ke majlis pelancaran Innai Nunha, baru-baru ini.
Dalam rakaman itu, Haris mengadakan sesi berbual santai dengan tetamu yang hadir. Antara topik yang dibincangkan mengenai sifat dermawan ayahnya, Datuk Seri Ismail.
Bagaimanapun, apa yang menuai perhatian adalah Neelofa yang manis bersimpuh sambil melentok kepala di paha Haris atau dikenali sebagai PU Riz.
Untung pak ustaz
Semestinya, tindakan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengundang pelbagai komen daripada warganet. Ada yang menyifatkan Neelofa dan Haris saling melengkapi antara satu sama lain.
Selain itu, peminat juga beranggapan bekas hos MeleTOP seorang wanita dan isteri yang bersifat manja.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @seorangnur