Usahawan terkenal, Neelofa menyifatkan penyanyi Aisyah Aziz seorang yang lemah-lembut dan mempunyai budi pekerti yang tinggi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Jadikan Suntikan Epidural Sebagai Isu Yang Boleh Lukakan Hati Orang’ – Neelofa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Detik Pertemuan Dengan PU Riz – ‘Saya Tengah Cari Ustaz Untuk Pengisian Ramadan’

Dah lama tahu

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, memuji perwatakan Aisyah yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dia sudah lama mengetahui tentang hubungan mereka namun memilih untuk berdiam diri kerana mahu menghormati pasangan tersebut.

Aisyah seorang yang sangat lemah lembut, baik, seorang yang tidak banyak songeh. Dia sangat mudah untuk menyesuaikan diri pada perubahan.

Saya nampak dia seorang yang tiada banyak hal, sangat beramah mesra dan lemah lembut.

Saya sudah lama tahu hubungan mereka dan saya hormat hubungan mereka. Selagi tiada akad, selagi itu kita tidak tahu apa yang akan jadi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Doa lebih bahagia

Ketika ditanya mengenai perwatakan abang iparnya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail, Neelofa berkata dia mempunyai aura yang disukai oleh setiap ibu bapa.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengharapkan pasangan itu dapat menjalani kehidupan yang baik sebagai suami isteri.

Abang ipar saya ini anak sulung, jadi dia seorang yang bertanggungjawab.

Seorang yang beradab, kalau mana-mana ibu bapa tengok akan terus suka.

Mereka pun duduk berdekatan dengan kawasan rumah saya.

Alhamdulillah, saya cuma doakan supaya mereka melayari rumah tangga dengan mudah dan baik.

Untuk rekod, Aisyah berkahwin dengan abang kepada PU Riz di Singapura pada 11 April lalu.