Kakak kepada penyanyi Iman Troye iaitu Ain Fatiha mendedahkan sifat peribadi adiknya yang sentiasa meletakkan keluarga nombor satu.
Artikel Berkaitan: Putus Cinta Tak Halang Iman Troye Dekan Setiap Semester
Murah rezeki
Menerusi hantaran di TikTok, Ain menyatakan meskipun Iman sentiasa menerima kecaman netizen namun rezekinya tidak pernah putus.
Kata Ain, penyanyi berumur 20 tahun itu seorang yang penyayang, kuat dan berjiwa besar.
Awak adalah emas. Awak kesayangan semua orang. Ali dan Arman (anak saudara) sayang awak sangat-sangat! Kenapa rezeki awak selalu murah sebab awak selalu utamakan keluarga.
Bila kena kecam teruk, awak cakap jangan risau, awak okey. Semoga sentiasa kuat adikku, Iman Alyssa. Semoga sentiasa di dalam pelukan Allah.
Iman ini jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang.
Hampir semua kecaman tidak benar
Dalam pada itu, Ain menjawab soalan orang ramai yang ingin tahu kehidupan keluarga selebriti. Akuinya, tidak seronok kerana orang bebas untuk bercakap dan mengecam tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Ramai orang tanya, seronok ke jadi keluarga selebriti? Tak. Tak seronok. Orang bebas bercakap, bebas kecam tanpa tidur sebantal pun. 90% orang cakap kat luar sana semua salah.
Sumber: TikTok @ainalif_