Personaliti media sosial, Dahlia Rizal sering berkongsi momen bahagianya bersama suami yang juga seorang aktor dan pempengaruh iaitu Imran Aqil.
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Rasa Kena Fitnah Dituduh Tak Bersuara – ‘Saya Faham Kenapa Ada Yang Bersangka Macam Tu’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi, Dia Tengok Juga’ – Dahlia Rizal
Peluk suami
@indomie.d ????
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal dilihat memeluk erat Imran dari belakang yang sedang menyiapkan kerja.
Difahamkan, pempengaruh berusia 23 tahun itu mengalami senggugut akibat datang bulan atau nama lain haid.
POV (point of view), you got cramps and your husband is working so..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet cemburu melihat gelagat Dahlia yang manja dan berseloroh tentang keadaan mereka ketika mengalami senggugut.
Habis yang single ni kalau cramps nak buat apa ye?
Mungkin kena kahwin juga untuk hilangkan cramp.
Aku yang cramp ni mampu peluk bantal sambil menangis je la.
Aku ni hanya mampu meringkuk macam udang dengan bantal je la masa kena cramp.
Setakat ini kalau saya cramp, memang saya peluk lulut sendiri.
Sekadar info, Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.
Sumber: TikTok Dahlia Rizal