berita

[VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal

September 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

imran aqil nikah

Selepas setahun mengikat tali pertunangan, penyampai radio dan pelakon Imran Aqil akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, pada malam Sabtu.

Artikel Berkaitan: Imran Aqil Nikah Hujung Tahun, Dedah Dahlia Rizal Diganggu Lelaki Kaya

Sekali lafaz

imran aqil dahlia

Menerusi hantaran video di Instagram (IG), Hot FM, Imran sah bergelar suami kepada Dahlia hanya dengan sekali lafaz.

Majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu menyaksikan Imran, 24, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sementara itu, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal dilihat telah memuat naik tiga keping foto di Instagram Stories.

Antara yang mencuri tumpuan warganet adalah genggaman tangan bersama suami tercinta.

Terdahulu, Imran dan Dahlia selamat mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×