berita

[VIDEO] Netizen ‘Cemburu’ Lihat Jurusolek Dapat Sapu Minyak Pada Tangan Meerqeen – ‘Macam Mana Nak Apply Kerja Ni?’

September 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Meerqeen

Sepotong video memperlihatkan pelakon kacak Meerqeen sedang disapukan minyak oleh seorang jurusolek ketika di sebuah lokasi penggambaran mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di Instagram? Hantaran Di X Timbul Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: TV3 & Melur Untuk Firdaus Beri Tuah Pada Anna, Meerqeen

Netizen jealous

Meerqeen

Menerusi video tersebut, jurusolek yang dikenali sebagai Naomi Lara dilihat sedang bercangkung di hadapan Meerqeen sambil menyapukan cecair dipercayai minyak pada kedua-dua belah tangan aktor kacak itu.

Difahamkan minyak tersebut disapukan pada tangan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam sebagai salah satu langkah sebelum melakukan kesan solekan luka.

Video berkenaan telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya terutama golongan wanita yang meminati aktor berusia 22 tahun itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyifatkan jurusolek tersebut sebagai insan yang bertuah selain ada yang meluahkan rasa cemburu.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang berseloroh dengan bertanyakan sekiranya ada kerja kosong untuk mereka bekerja sebagai jurusolek Meerqeen.

Video

@naomilarra A beautiful job with meme .. #fyp ? bunyi asal – naomilarra


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×