![[VIDEO] Netizen Dakwa Jalani Pantang Berseorangan, Umisya Mazlan Kongsi Video Aslam Sibuk Urus Keluarga – ‘Ini Masa Giliran Saya’](https://media.ohbulan.com/2025/03/aslam-umisya.jpg)
Pempengaruh Umisya Mazlan kembali menyorot perhatian ramai selepas berkongsi video menunjukkan dia tidak berpantang berseorangan seperti yang didakwa netizen sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Syukur Proses Bersalin Dipermudah, Netizen Titip Pesanan Buat Aslam – ‘Semoga Sedar Akan Pengorbanan Isteri Pertama’
Artikel Berkaitan: Kakak Dedah Masa Kecil Umisya Mazlan Tiada Figura Lelaki – ‘Kami Dibesarkan Dalam Keadaan Broken Family’
Tidak keseorangan
Menerusi perkongsian di TikTok, Umisya berkongsi momen manis dijaga oleh suaminya, Aslam ketika berada dalam pantang.
Klip pendek itu memaparkan Aslam sedang menjaganya dengan menyediakan makanan buatnya selain menjaga anak ketiga mereka.
Pada awal bulan lalu, Umisya melahirkan anak ketiga tanpa rasa sebarang kesakitan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar keluarga itu terus berada di dalam lindungan Allah selain bahagia sampai bila-bila.
Komen netizen
Untuk rekod, Umisya merupakan isteri pertama selepas Aslam membuat keputusan untuk mengahwini anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand.
Sumber: TikTok