Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini telah memuatnaik satu video di Twitter yang memaparkan dirinya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah penduduk yang dimasuki banjir.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah cara kerja yang dilakukan oleh beliau agak ‘luar biasa’ dan tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini.
Tolong bersihkan rumah banjir
Bersihkan rumah mangsa #banjir di #KualaKrau #Pahang
Dalam & luar rumah. Juga guna “water jet” & peralatan2. Simpati banyak perabot2 yg rosak
Moga hujan berhenti & tiada banjir lagi
Sblm musim akan datang harap ada penyelesaian jangka panjang spt dalam & luruskan sungai2 dll pic.twitter.com/WHpG2GTIOR
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 12, 2021
Berdasarkan video pendek berdurasi 0:27 saat itu memaparkan Datuk Seri Ahmad Maslan bersama beberapa individu lain sedang melakukan aktiviti membersihkan dan membuang baki air banjir yang terdapat pada lantai rumah terbabit. Tetapi apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan telah menjadi tumpuan ramai apabila dia membersihkan kekotoran lantai tersebut pada bahagian tengah terlebih dahulu.
Tindakan itu telah menjadi perbualan hangat netizen kerana secara logiknya orang akan membersihkan atau menyapu lantai bermula dari atas dan barulah bergerak ke tengah dan akhir sekali ke bawah. Tetapi ianya bertentangan dengan apa yang dilakukan Datuk Seri Ahmad Maslan. Malah gelagat Datuk Seri Ahmad Maslan yang menghalang seorang wanita melalui kawasan yang sedang dicucinya itu juga menjadi tarikan netizen sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai ‘meme’.
‘Nampak sangat kekok’
‘Mungkin sebab dia ada PhD’
Menjengah ke ruangan komen, ada yang memerli ‘kebijaksanaan’ Datuk Seri Ahmad Maslan ketika melakukan kerja pembersihan itu sehinggakan ada yang mendakwa beliau langsung tidak tahu membuat kerja rumah.
Tidak kurang juga, kebanyakan netizen seakan tertanya-tanya adakah Datuk Seri Ahmad Maslan memang tidak menyedari tindakannya itu atau sengaja buat-buat tidak tahu semata-mata inginkan perhatian.
Sumber: Datuk Seri Ahmad Maslan