berita

VIDEO] Netizen ‘Jatuh Cinta’ Tengok Rumah Zahirah MacWilson & Aiman Hakim – ‘Taste Yang Berbeza, Memang Very Classy’

April 20th, 2024 | by Alia
Kini Trending

aiman

Baru-baru ini, pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mengadakan rumah terbuka sempena sambutan hari raya.

Artikel Berkaitan: Sifatkan Zahirah Macwilson Sebagai Hadiah Paling Terbaik, Ramai Tersentuh Dengan Ucapan Aiman Hakim Ridza – ‘Thats All I Need’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tahniah! Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Bakal Dapat ‘Baby Girl’

Netizen puji

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di sosial media, pasangan selebriti itu menjemput kira-kira 100 orang tetamu ke rumah mereka dan menyediakan pelbagai jenis juadah.

Namun yang paling mencuri perhatian adalah reka bentuk rumah tersebut yang sangat luas dan moden.

Warna-warna semula jadi yang digunakan untuk setiap ruangan rumah itu menimbulkan rasa tenang dan selesa.

Difahamkan Aiman juga turut terlibat dalam pengubahsuaian kediaman mereka.

Perkara tersebut telah menyorot perhatian warganet di platfrom X, yang rata-rata memuji konsep dan idea rumah pasangan selebriti itu.

Saya ikuti dari awal mereka mula mengubaisuai. Cantik gila.

Terliur tengok!

Seronok tengok Zahirah Aiman ada minat dan misi yang sama untuk renovate rumah. Paling kagum tengok dia orang buat laman keluarga khas untuk buat jamuan tu. Kreatif betul idea laki bini. Maknya Zahirah pula memang pandai masak, selalu masak untuk event keluarga.

Zahirah selalu ada cita rasa yang sangat berbeza, memang very classy. Kalau tengok environment rumah dia macam mostly rumah matsalleh. Sebab tu suka dia.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×