berita

Rupa Anak Disindir Seperti Bibik, Ibu Tampil Pertahan Zahirah Macwilson – ‘Dia Cantik Luar & Dalam’

January 9th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ibu kepada pelakon, Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff tampil mempertahankan anaknya itu selepas rupa parasnya disindir secara terbuka oleh pelakon, Fathia Latiff menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Samakan Wajah Zahirah Macwilson Macam Amah, Fathia Latiff Tak Takut Disaman – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Lawa’

‘Dia cantik luar dan dalam’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maslinda Yusoff (@maslindayusoff_)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Maslinda memuat naik gambar Zahirah sambil menitipkan kata-kata semangat buat anak sulungnya itu.

Menurut Maslinda, Zahirah merupakan seorang wanita yang mempunyai keperibadian yang sangat baik dan cantik luar dan dalam.

Wanita berusia 50 tahun itu juga memuji Zahirah dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang sangat bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.

Awak cantik luar dan dalam, seorang anak, isteri dan ibu yang sangat penyayang serta bertanggungjawab ke atas ahli keluarga.

Sayang kakak banyak-banyak.

Dalam pada itu, Maslinda berharap agar anak dan menantunya yang juga merupakan pelakon, Aiman Hakim Ridza untuk sentiasa bertabah dengan ujian yang mereka hadapi ini.

Semua ini ujian dari Allah, bersabarlah kakak. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, memburuk-burukkan anak dan menantu mama.

Semuanya fitnah semata-mata, lagi-lagi bila kakak tengah mengandung sekarang.

Jangan bersedih okay? mama dan ayah selalu ada untuk kakak.

Terdahulu, pelakon yang sebelum ini popular dengan drama ‘Dia Isteri Luar Biasa’, Fathia Latiff mencetuskan kontroversi apabila menyamakan Zahirah dengan seorang pembantu rumah (bibik).

Menurutnya lagi, dia berasa bersyukur kerana tidak berjodoh dengan Aiman yang dianggap tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×