Kehadiran pelakon Sharnaaz Ahmad di lapangan terbang sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila kali ini dia menjemput anak lelakinya, Jebat Jayden pulang dari mengerjakan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Hadir Ke Konsert Bersama Teman Wanita?
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Bab Agama, Didikan Nabila Champion!’ – Sharnaaz Ahmad
Seorang bapa yang baik
Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun TikTok memaparkan dia telah terserempak dengan ahli keluarga Neelofa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Difahamkan mereka baru sahaja pulang dari Tanah Suci, namun lebih mencuri tumpuan adalah kelibat pelakon berusia 38 tahun itu ketika menyambut kepulangan anak tunggalnya.
Menerusi perkongsian tersebut, aktor yang popular dengan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini dilihat sedang melepaskan rindu dengan mendukung dan memeluk erat Jebat Jayden setelah dua minggu tidak bersua.
Gelagat anak beranak itu telah mencuri perhatian warganet dan rata-rata mereka memuji Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad yang dilihat sebagai contoh bapa yang baik kerana mengambil berat tentang anaknya. Dia juga kelihatan akrab bersama keluarga bekas isterinya, Noor Nabila.
Bagus betul Sharnaaz. Anak dia nak pergi umrah dia ada, anak dia balik pun dia tunggu dekat airport.
Sharnaaz memang bapa terbaik. Walaupun kehidupan masing-masing dah berbeza tapi tanggungjawab anak tetap diutamakan dan dia selalu luangkan masa bersama anaknya.
Bagus la Sharnaaz ni kan. Walaupun dah berpisah dengan Nabila, tapi tanggungjawab dia kat Jebat tetap terbaik.
@nazilihazirah nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee ??haaaai ! #neelofa #neelofaharis #sharnaazahmad #fyp #foryou #mamusharnaaz
Terdahulu, aktor ini menghadirkan diri ke lapangan terbang untuk menghantar anaknya mengerjakan umrah bersama ahli keluarga bekas isterinya. Sikapnya itu dipuji kerana tetap menjaga hubungan baik bersama bekas keluarga mentua walaupun sudah berpisah dengan Nabila.
Sumber : TikTok