berita

Sharnaaz Ahmad Hadir Ke Konsert Bersama Teman Wanita?

March 6th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik tumpuan wargamaya apabila dilihat menghadiri konsert Malam Bulan Bintang pada Sabtu, bersama seorang wanita.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Kes Ini Boleh Selesai Pada 5 Mei’ – Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: Kalau Bab Agama, Didikan Nabila Champion! – Sharnaaz Ahmad

Bersama seorang wanita

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bulanbintangsite di TikTok, pelakon yang turut dikenali sebagai Mamu ini dan pasangannya duduk bersama beberapa orang selebriti lain seperti Beto Kusyairy dan isteri, Nadhir Nasar serta Mierul Aiman.

Dalam pada itu, aksi mesra antara pelakon berusia 38 tahun dengan wanita berkenaan sambil menikmati lagu dendangan Dato’ M. Nasir telah menimbulkan tanda tanya dan spekulasi antara netizen. Difahamkan, wanita tersebut adalah pelakon Amelia Christie yang sama-sama berada di bawah satu pengurusan dengan Sharnaaz.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan siapakah gerangan wanita di sebelah pelakon filem Jebat ini.

Video

@bulanbintangsite

Ismet brothers! #malambulanbintang #bulanbintang #nadhirnasar #mierulaiman

? original sound – bulanbintangsite – Fatin Jual Bulan Bintang

Sumber: @bulanbintangsite

SKIP THIS AD ×