berita

[VIDEO] Netizen Kecam TikToker Selamba Seludup Nasi Bungkus Dalam Pawagam

September 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

nasi padang pawagam

Seorang personaliti media sosial dikecam gara-gara membawa masuk makanan ke dalam panggung wayang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji

Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Daripada Produksi ‘Mat Kilau’, Areel Tak Benarkan Karya Ditayang

Sorok nasi

nasi padang pawagam

Menerusi video yang dimuat naik, personaliti media sosial berasal dari Indonesia itu difahamkan dengan sengaja membawa makanan luar iaitu sebungkus nasi padang semasa menonton filem.

Lelaki berkenaan dilihat menyorokkan bungkusan nasi itu ke dalam beg sebelum menjamahnya tanpa rasa bersalah sehingga baunya juga dapat dihidu oleh penonton yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang tidak sensitif kerana mendatangkan ketidakselesaan terhadap orang ramai.

Sementara itu, tinjauan OhBulan! mendapati lelaki tersebut telah membuat permohonan maaf berikutan insiden berkenaan. Namun pada akhir video, kelihatan dia sedang membeli nasi padang.

Perkara tersebut membuatkan para pengikutnya beranggapan bahawa dia hanya berseloroh dan tidak serius membuat permohonan maaf tersebut.

@alwijo.bless

baunya sampe seluruh bioskop #nasipadang #bioskop #fyp #fyp?

? I am sneaking into you Pink Panther Parody – moshimo sound design

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×