berita

Nama Digugurkan Daripada Produksi ‘Mat Kilau’, Areel Tak Benarkan Karya Ditayang

September 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Menerusi temu bual bersama OhBulan! pengarah filem ‘Walid’, Areel Abu Bakar berkata dia masih menunggu berita atau penjelasan daripada pihak Studio Kembara Sdn Bhd berhubung isu namanya digugurkan daripada pihak produksi tersebut pada April lalu.

Artikel Berkaitan: Areel Abu Bakar Bergerak Secara ‘Fakir’, Guna Duit Sendiri Hasilkan Filem ‘Walid’

Tidak mendapat jawapan

Areel yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem sekuel Mat Kilau itu berkata, jika pihak produksi mahu menggunakan bahagian yang terkandung hasil daripada kerjanya sebanyak 90 peratus, mereka haruslah memberikan jawapan kepadanya.

Kalau mereka masih nak gunakan karya saya, mereka kena berjawab dengan saya atau saya akan lakukan sesuatu. Kalau tidak, jangan guna terus dan kalau pandai, buat semuanya semula.

Karya ini bukanlah satu perkara yang orang sesuka hati boleh cuit sana dan sini. Kemudian, kalau busuk nanti, nama kita juga akan tercalar.

Areel yang ditemui di Malam Gala Filem ‘Wahid’ di Starling Mall, turut menyatakan bahawa sekiranya tiada perbincangan, pihak produksi perlu memadam semua hasil kerjanya dan menjalankan penggambaran semula.

Ketika perkara itu berlaku, saya sudah maklumkan kepada mereka bahawa saya tak filem saya ada nama orang lain (pengarah). Kalau mereka ‘gentle’, buang semua bahagian yang saya sudah buat, dan buat semula. Saya orang yang mudah.

Tapi, mereka diam sampai sekarang dan saya tak dapat sebarang surat lagi. Bila saya tanya sebab dan alasan, mereka tak boleh beri jawapan pun

Perbelanjaan ‘Overbudget’

Diminta mengulas mengenai isu perbelanjaan lebih daripada sepatutnya, Areel berkata, perkara berkaitan kewangan diuruskan oleh pihak produksi itu sendiri.

Mengenai dakwaan melebihi perbelanjaan (overbudget), itu adalah perkara pertama pihak mereka beritahu saya. Namun, saya jelaskan kepada mereka, bukan saya yang pegang duit.

Segala perbelanjaan diuruskan oleh pihak mereka. Bahkan, ketika kami jalani penggambaran pun, tidak ada hari tambahan atau apa. Bahkan, kalau kami berjaya selesaikan penggambaran, kami masih lagi jimat tujuh hari daripada jumlah hari yang sudah ditetapkan. Lagi pula, kami bekerja mengikut jadual.

Disoal mengenai bayaran, pengarah filem ‘Walid’ ini menjelaskan bahawa dia masih belum menerima bayaran penuh untuk hasil kerjanya.

Bakinya ada lebih kurang 40 hingga 50 peratus. Bayaran pula dibayar melalui beberapa fasa. Jadi, sepatutnya, apabila saya dah selesaikan kerja saya, mereka kena lunaskan. Kalau nak diikutkan, mereka tak boleh menolak pun sebab bukan pihak kami yang berhenti.

Sekadar info, filem terbaharu arahan Areel, ‘Walid’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 14 September ini.

SKIP THIS AD ×