Foto: Harian Metro

Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima, sekali lagi menjadi perhatian apabila drama terbaharunya didakwa berkisarkan tentang golongan transgender.

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kongsi Realiti Kes Sosial, Kesal Ramai Jijik Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Masih Nak Simpan Bawah Karpet?’

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Terima Banyak DM Daripada Mangsa Gangguan S*ksual Susulan Drama ‘Keluarga Itu’- ‘Ada Yang Sudah Lahirkan Anak’

‘Pondan Itu’

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali, 57, memuat naik sebahagian klip drama tersebut yang berjudul ‘Pondan Itu’.

Difahamkan karya terbaharu Erma itu bakal ditayangkan di platform digital iaitu Karya Reels, tidak lama lagi.

Pondan itu, mereka juga manusia biasa.

Apabila karya berbicara hanya drama-drama di Karya Reels. Nantikan dan saksikan.

Reaksi netizen

Perkongsian mengenai drama terbabit telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata kurang senang apabila kisah golongan ‘mak nyah’ diketengahkan.

Selain itu, mereka juga mengkritik Erma kerana mengambil pelakon daripada golongan tersebut yang didakwa menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang menyokong karya Erma kerana banyak menyentuh isu sosial dalam kalangan masyarakat.

Sumber: IG Erma Fatima