Baru seminggu mendirikan rumah tangga, nama bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond sekali lagi menjadi topik hangat netizen di media sosial yang mempersoalkan tentang penampilannya.

Artikel Berkaitan: Selepas Dua Bulan Peluk Islam, Bekas Isteri Keith Foo Selamat Nikah Dengan Pengarah Filem

Artikel Berkaitan: [FOTO] Bekas Isteri Keith Foo Peluk Islam

‘Allahuakbar, terkejut’

@kimr4ymond Sweet Couple??? #kimraymond #zahiromar #fyp #foryou #foryoupage #fypp ? bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok memaparkan, Kim Raymond dan suami, Zahir Omar sedang melangsungkan resepsi perkahwinan mereka sambil dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah busana pengantin yang digayakan oleh isteri kepada pengarah filem Fly By Night itu yang dilihat hanya mengenakan dress pendek paras paha dan tanpa berlengan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang melihat penampilan Kim yang agak seksi dan disifatkan tidak sesuai dengan imejnya yang baru sahaja memeluk agama Islam sejak dua bulan lalu.

Allahu Akbar, terkejut

Suami yang dipertanggungjawabkan mendidik isteri

Hidayah milik Allah, tak mustahil pun nak berubah. Doa yang baik-baik

Berat tanggungjawab suami dia, moga mampu membimbing dan istiqomah

Jika gaun tu labuh sampai ke buku lali lebih cantik dan elegant. Pendek macam tu dah bukan majlis kahwin

Kenapa wedding gaun dia macam berkemban dengan tuala mandi je

Alamak convert untuk kahwin je ke? Semoga pengakhiran yang baik

Nampak dia tak selesa gayakan sarung nangka tu

Pada 24 Oktober lalu, Kim dilaporkan telah memeluk Islam di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu. Kim dan Zahir mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu

Imbas kembali, Kim dan Keith pernah mendirikan rumah tangga pada November 2015 namun, mereka bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond.

Sumber: TikTok