berita

Tak Pentingkan Diri, Keith Foo & Bekas Isteri Tetap Berkawan Baik Demi Menjaga Emosi Anak

January 23rd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Meskipun sudah hampir empat tahun bergelar duda, pelakon Keith Foo tetap menjaga hubungan baiknya bersama bekas isteri Kim Raymond demi anak mereka, Skylar Raymond Foo.

Artikel Berkaitan: Belum Sedia Cari Pengganti, Keith Foo Bagi Keutamaan Pada Anak

Pentingkan emosi anak

Ketika ditemui OhBulan!, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin berkata, setiap pasangan yang sudah bercerai sewajarnya mengetepikan ego masing-masing agar tiada permasalahan yang timbul melibatkan hak penjagaan anak-anak.

Pada saya apa pun yang terjadi di antara si ayah dan si ibu, kita tak boleh bawa anak ke dalam konflik yang sedang berlaku.

Kita perlu mengetepikan ego dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan meskipun sudah berpisah.

Bila kita memilih untuk berbuat demikian dan teruskan hubungan sebagai kawan dan sebagainya demi anak, saya rasa itu akan membantu memudahkan urusan.

Keith berkongsi perkara tersebut ketika sidang media drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’ yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon berusia 41 tahun ini juga menasihatkan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumah tangga untuk tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga emosi anak-anak.

Kalau anda rasa tak boleh nak teruskan hubungan, terasa hubungan itu toksik dan dalam masa yang sama awak ada anak, tak akanlah anda nak teruskan hubungan itu dan nak biarkan anak membesar dengan melihat situasi tersebut.

Penceraian itu bukanlah cadangan pertama bagi saya namun sekiranya itu adalah terbaik, lebih baik memilih untuk berpisah dan berkawan.

Jangan pentingkan diri sendiri, seeloknya berpisah dan kekal berkawan dan terus bekerjasama membesarkan anak.

Ketika ditanya mengenai kehidupan solonya, pelakon yang popular dengan drama ‘Ariana Rose’ ini mengakui diriya masih belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya masih mahu menikmati kehidupan secara solo.

Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.

Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.

Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nabti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet.

Video

@ohbulanofficial Meskipun sudah hampir empat tahun bergelar duda, pelakon Keith Foo tetap menjaga hubungan baiknya bersama bekas isteri. #ohbulan #sembangentertainment ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×