Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan dia memakai baju secara terbalik semasa sesi jualan secara langsung (live) di TikTok sebagai ikhtiar untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Terkejut Beg Disalut Batu Swarovski Harga RM45k & RM50k Terjual

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Cabar Diri Mahu Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records

Tidak percaya dengan penyakit ain tapi..

Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menegaskan dia tidak mempercayai dengan pandangan mata jahat yang membawa kepada penyakit ain.

Menurut Aliff, dia hanya berkongsi pengalaman yang dirasai oleh seluruh ahli keluarganya.

Dua minggu sebelum pelancaran beg tangan Samma edisi denim semua demam.

Sebelum itu, saya sakit mata. Sebelum terkena badan berpijat, saya mimpi hantu dan beritahu isteri saya. Memang takut mimpi itu.

Esoknya, badan saya bengkak dan sampai sekarang masih ada lagi.

Menceritakan lebih lanjut, Aliff berkata dirinya juga banyak berubah ke arah negatif dan tidak suka melakukan rutin hariannya sebagai usahawan.

Ahli keluarga saja yang sakit

Sementara itu, Aliff menyatakan hanya ahli keluarganya sahaja yang mengalami pelbagai jenis penyakit, manakala pembantu peribadi dan pembantu rumahnya berada dalam keadaan sihat seperti biasa.

Beberapa hari sebelum ini, saya memang tidak boleh nak live sebab tiba-tiba akan jadi garang dan tiada mood. Saya rasa ada yang menghimpit saya.

Perkara itu buat saya terfikir saya sudah terkena penyakit ain ke? Padahal sebelum ini saya memang tidak percaya.

Doktor kata saya allergic seafood padahal saya setiap hari makan.

Sebelum ini, Aliff memuat naik video berkongsi dirinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami reaksi kronik akibat gatal-gatal dan kemerahan pada seluruh badan.

Sumber: TikTok