Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memilih untuk berdikari dengan menjalankan perniagaan atas talian yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri.
Artikel Berkaitan: Shuhada Bongkar Lagi, Dakwa Hafidz Kantoi ‘Check In’ Siap Mandi Wajib Dengan Penyondol?
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Shuhada Saling Balas Surat Terbuka, Athira Yuhada Tanya, ‘Dah Solat Ke?’
Bukan satu tak cukup tapi duit tak cukup
Perniagaan berasaskan makanan itu menjadi punca utama rezeki Shuhada bersama dua anaknya, Humairah, 6, dan Umar yang berumur dua tahun.
Dalam pada mendapat sokongan daripada orang ramai, timbul pula pertikaian harga biskut yang dijual Shuhada. Menerusi video di TikTok, warganet meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui ‘cookies’ tersebut berharga RM179.00 tidak termasuk caj penghantaran, RM15.00.
Rata-rata pengikut Shuhada yang terdiri dalam kalangan B40 menyatakan mereka tidak mampu untuk membeli kerana harga terlampau ‘mencekik darah’
Ada segelintir yang menganggap target pelanggan Shuhada adalah untuk T20 yang merupakan golongan berpendapatan tinggi.
Selain itu, netizen turut memberi cadangan kepada Shuhada untuk menjual mini set dengan harga yang berpatutan bagi membolehkan semua pihak membeli.
Harga bukan untuk makan seorang
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada menjelaskan dalam satu kotak #ShelupShelup itu mempunyai enam jenis cookies bukan enam ketul seperti yang diperkatakan.
Katanya lagi, sos pencicah (dipping sauce) yang digunakan sangat berkualiti bukan ‘sos cap ayam.’
Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: TikTok