berita

[VIDEO] Netizen Puji Duta Sheila On 7, ‘Selamba’ Makan Di Warung Tepi Jalan

April 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Vokalis kumpulan terkenal di Indonesia, Duta Sheila On 7 menjadi perhatian warganet di TikTok apabila dia dilihat makan di sebuah warung.

Artikel Berkaitan: 20 Tahun Jadi Vokalis Kumpulan Sheila On 7, Duta Mahu Bergerak Solo

Artikel Berkaitan: Kami Mengaku Bergaduh – Sheila On 7

Pemilik warung teruja

Menerusi video yang dimuat naik, memaparkan pemilik akaun tersebut berkongsikan pengalaman ketika Duta datang makan di warung miliknya.

Bila orang nak tengok konsert, mereka terpaksa beratur panjang untuk beli tiket. Tetapi saya sebaliknya, Duta datang terus dan makan di warung saya.

Masih tidak percaya, terima kasih Duta!

Penyanyi berusia 42 tahun tersebut dilihat hanya memakai jersi bola, berseluar hitam, bertopi dan memakai selipar.

Netizen puji sifat sederhana Duta

Pemilik nama sebenar Akhdiyat Duta Modjo ini sememangnya terkenal dengan gaya hidup yang sederhana, namun ia tidak mengurangkan rasa kagum dalam kalangan peminatnya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet dan peminat memuji dengan sifatnya itu.

Dari dulu lagi Duta tak pernah berubah, dia masih sederhaan walaupun sudah ada ‘class’. Berbeza dengan penyanyi yang lain.

Duta adalah seorang yang sederhana, tidak sombong walaupun terkenal.

Sheila On 7 dari dulu lagi personaliti mereka memang merendah diri sebab itu saya menjadi peminat band ini.

@menantunya_pakhamim

di saat orang2 pengin liat konsernya harus ngantri beli tiket. aku malah di datengin langsung sama penyanyinya… dan makan di wartegku…ahhh masih ga percaya .. terima kasih mas duta #sheilagank #dutasheilaon7

? Parah Ini – Embun Senja

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×