Tindakan pelakon kacak Fattah Amin bersama adik-adiknya mengalunkan ayat suci Al-Quran seusai membuat jualan tudung mereka telah menyorot pandangan warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau, Netizen Sayu Tengok – ‘Mungkin Hanya Pada Allah Tempat Dia Untuk Mengadu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Salah Nak Rasa Nikmat Dunia, Asalkan Kita Seimbangkan Dengan Akhirat’ – Fattah Amin

Baca surah Al Mulk

@ardanihumayra

Alhamdulillah terbaikk @FattahAmin family & team! Semoga semakin mewah rezeki kalian. Aamiin🥰🤲🏻🤲🏻 #fattah #fattahamin #fattahaminz #fattahaminfans #fattahmengaji #fattahaminmengaji #fattahmengajialmulk #fypmalaysia #tudungazizah

♬ Sholawat Jibril – Novi Ayla

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kelihatan Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin bersama dua adik perempuannya sedang mempromosikan koleksi tudung keluarannya.

Mereka bertiga kemudian membaca surah Al Mulk sebelum menamatkan sesi siaran langsung tersebut.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Fattah dan adik-adiknya yang memberi contoh baik kepada para penonton.

Menurut warganet, mereka juga secara tidak langsung dapat turut serta membaca surah tersebut.

Banyak pahala mereka, view semalam dalam 15 ribu orang semua ikut baca sekali. Dapat tidur dengan tenang.

Tak pernah berlaku dalam mana-mana live orang berniaga macam ini, disudahi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Macam inilah live yang membawa aura positif, tidaklah live mengaibkan mana-mana pihak.

MasyaAllah pandai Fattah mengaji, sebutan makhrajnya pun bagus. Contoh yang baik untuk penonton.

Bagus didikan ibu bapa mereka, dahulukan agama.

Sumber: TikTok