Bila sebut sahaja nama anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Yusoff Al Qardawi, pasti ramai netizen yang akan terbayang telatahnya yang comel dan menghiburkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qadejah Nak Kahwin Lambat, Selesa Duduk Dengan Mak Ayah – ‘Saya Tak Perlu Bayar Apa-Apa’

Artikel Berkaitan: ‘Jam Cartier Bukan Sekadar Aksesori, Tapi Satu Aset’ – Qadejah

Qadejah marah Yusoff

@yusofflarisofficial

PART 2 : SELEPAS LALAT DIMARAHI . Yusoff dinasihati oleh Akak Cess untuk ambil air sendiri. Risau ketika makan nanti tercekik. Admin nampak betapa kasih sayangnya Cess kepada CCO Yusoff. Seperti Pepatah mengatakan, Dicincang air tidak akan putus ❤️ #i

♬ original sound – yusofflarisofficial – yusofflarisofficial

Terbaharu, tular satu video memaparkan Yusoff yang sedang menikmati sarapan di dapur sambil ditemani dua pembantu rumahnya.

Yusoff kemudiannya meminta pertolongan bibik tudung untuk mengambilkannya minuman sebelum didatangi kakaknya, Qadejah El Zahra yang memintanya untuk mengambil minuman sendiri.

Tak payah bik, dia boleh buat sendiri.

Bangun dan ambil air awak sendiri.

Awak takut tumpah? Hanya bayi dan ‘loser’ kata begitu. Awak bayi ke?

Pergi ambil air, saya tak nak ulang lagi kalau saya ulang awak akan tengok apa akan terjadi.

Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji Qadejah kerana mendidik adiknya itu untuk berdikari.

Pujian netizen

Sumber: TikTok, Threads