Tindakan pelakon Niezam Zaidi yang menyantuni para pelajar dari sekolah tahfiz telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Netizen Kecoh, Kami Okay Saja’ – Niezam Zaidi Akui Masih ‘Partner’ Fify Azmi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niezam Zaidi Letak Gambar Fify Azmi Sebagai ‘Wallpaper’, Netizen Teka Masih Bercinta

Santuni pelajar tahfiz

@ciksod

Sempena Majlis Doa Selamat dan Pelancaran filem orang perang dari @Nanord Studio anak-anak tahfiz madrasah tahfiz interasi annur sri petaling

♬ Aku Bukan Narsisis (From “Dia Bukan Syurga”) – Hazama

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, kelihatan Niezam atau nama lengkapnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, dilihat sedang bersalaman dan mencium tangan pelajar-pelajar tahfiz ketika menghadiri ke sebuah majlis.

Difahamkan majlis tersebut adalah bersempena bacaan doa selamat bagi filem ‘Orang Perang’.

Asalnya nak tunjuk dekat mak mentua video ini ada Tajul (watak Niezam dalam drama).

Sekali dia menyantuni anak tahfiz sebegitu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan tindakan pelakon drama Dia Bukan Syurga itu kerana memuliakan pelajar-pelajar tahfiz tersebut.

Dalam masa yang sama, warganet turut memuji pihak penganjur majlis berkenaan yang menempatkan pelajar-pelajar tahfiz itu di bahagian hadapan sekaligus menghargai kehadiran mereka.

Sumber: TikTok